Tarikh Kejadian : 29 Ramadhan 1430H @ 19 September 2009
Tempat Kejadian : Tanah Perkuburan Kampung Chendering
Masa : About 2.00 pm
--
Buat pertama kalinya semenjak Qaireen tiada...saya telah menggagahkan diri dan minda saya untuk menjenguk pusara arwah...
Sebelum pergi tu, hati sangatla berbelah bahagi sama ada ingin pergi atau tidak..saya takut saya menangis...saya tak nak menangis lagi...huhuuhu...
Lagipun kali ni tujuan utama pergi ke pusara Qaireen, adalah untuk meletakkan tanda (batu nisan) kat pusaranya...Alasan lewat meletakkan batu nisan adalah kerana arwah disemadikan di atas pusara moyang Qaireen (nenek saya)...jadi dah diletakkan di dalam pagar...
So, menjelang raya ni, papa Qaireen pergi la letak batu nisan tu..bukan bermakna kami abaikan Qaireen...Qaireen sentiasa dalam ingatan kami...
-
-
Sesampainya di sana, hati saya sangat yakin yang saya takkan menangis...
Saya tenang j melangkah ke dalam kawasan perkuburan tu...walaupun saya tak pernah menziarah pusara Qaireen, tapi saya masih ingat di mana arwah nenek saya disemadikan...
Langkah terus laju menuju ke pusara Qaireen...masih lagi tenang di saat itu...
Hubby terus menjalankan tugasnya, menanam batu nisan kecil di antara dia batu nisan moyang Qaireen...sambil saya terus mensedekahkan Al-Fatihah untuk arwah tok dan nenek...
-
-
Setelah semuanya siap, kami sedekahkan sekali lagi Al-Fatihah...tidak lupa untuk Qaireen juga...
Saya puas hati sebab saya dapat menziarah pusara Qaireen dengan tenang...
Tapi, apabila kaki ini ingin melangkah keluar dari tanah perkuburan tersebut, tiba-tiba hati saya begitu sebak...sebak sesebak-sebaknya sehingga tidak tertahan lagi air mata ini dari mengalir keluar dari kelopak mata saya...serasa tidak mahu meninggalkan pusara Qaireen...serasa macam Qaireen memerhatikan gerak-geri saya ketika itu...
Sehingga ke dalam kereta, air mata ini masih lagi mengalir...sedaya upaya mengelak daripada dilihat oleh hubby...hubby, ma dan adik..masing-masing mendiamkan diri semasa pulang dari tanah perkuburan...saya tahu, masing2 cuba untuk menahan kesedihan...
Saya telah lama menerima hakikat kehilangan Qaireen...tapi kesedihan akibat kehilangannya masih terasa...seperti ianya baru semalam berlaku...
1 comments:
Sabarlah na..Tuhan lebih menyayangi Qaireen. Segalanya ader hikmah disebaliknya..Perginya Qaireen ader pengantinya. Moga kali ini segalanya selamat...Amin..
Post a Comment