? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 24, 2012

Selamat Hari Lahir, Ma Yang Tersayang.....

Syukur ke hadrat Ilahi....kerana Dia telah memberi kesihatan, kekuatan, kebahagiaan kepada ma saya yang tercinta...Puan Shamsiah Abdullah..Alhamdulillah...dalam usia beliau yang telah mencecah 51 tahun pada tahun ini, Allah mengurniakan kesihatan yang sangat baik untuk ma....

Belum terbalas rasanya jasa-jasa yang telah ma curahkan kepada saya...ma lah tempat saya mengadu, segala masalah hidup saya...walaupun telah bersuami dan mempunyai anak sendiri, tempat ma sangat istimewa di dalam hati saya...tiada galang gantinya...saya sangat bertuah mempunyai ma yang sangat memahami saya...bukan sekadar anak, tapi juga sebagai kawan rapat...yang pastinya sangat-sangat rapat...

Walaupun saya tidak lagi sebumbung dengan ma, tapi jiwa saya tetap bersama ma...mesti nak dengar suara ma walaupun sekejap....oh, betapa saya rindukan ma di saat ini....

Masih teringat-ingat semasa zaman persekolahan dulu...dalam hati saya sentiasa memberontak bila ma sentiasa menyuruh saya melakukan kerja rumah...membasuh, memasak, mengemas...terasa macam ma tidak sayangkan saya dengan menyuruh saya melakukan semua kerja-kerja itu...sekarang sedarlah saya bahawa semua itu adalah didikan ma untuk membentuk saya menjadi seorang isteri dan mama sekarang...kalau tidak, mesti saya terkial-kial untuk memasak buat santapan suami dan anak-anak bukan?hehehehe...

Tiada kata lagi yang dapat saya luahkan...tiada madah untuk saya pujanggakan untuk menyatakan betapa agungnya kasih sayang ma terhadap anak-anaknya...sanggup berkorban segala-galanya...terima kasih ma....








SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 51
SEMOGA MA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI
BAHAGIA SENTIASA BERSAMA ABAH YANG TERSAYANG




p/s - present tak beli lagi nih?ma nak ape?nanti kita kuar berdua shopping pe yang ma nak erk??oh yer, malam ni kita pergi makan ikan bakar dulu...heheheheh...

0 comments: