? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 26, 2009

Qaireen Marissa - 4 Dec 2008 (Part 2)

Lebih kurang jam 7.30am, doc tu panggil aku balik..before tu round 6.00am sorang nurse cek la air ketuban aku kat pad..tapi masa tu air ketuban aku dah tak kuar dah..masa tu aku bersyukur la sebab ingatkan segalanya akan ok bila air ketuban dah tak keluar....baby aku pun ada jugak bergerak...rasa lega sangat dalam hati masa tu...

Masa jumpa doc, dia cek la kat situ..ambil spesimen...dia tak kata pape pun...lepas tu dia periksa jalan n dia bagitau aku yang 'jalan' tak terbuka pun..tapi perut aku still sakit...lepas tu dia ambik darah..prosedur biasa la tu...lepas tu dia suh aku balik ke katil lam keadaan sakit macam tu...

Aku dah mula menangis dah masa tu..call my mum suh dia bawak kain batik bf mizi sampai bawak barang2 keperluan yang lain...masa my mum sampai tu lagi la aku kuat menangis sampai teresak-esak..aku kan manja ngan mak aku..dia pun menangis sama..aku suh dia bawak adik perempuan aku sekali untuk temankan aku..sebab aku sakit sangat..nak bergerak pun susah...

Ada sorang nurse yang baik hati ni, bila dia tengok keadaan aku yang semakin teruk tu, dia datang calm down kan aku...baik betul dia..dia kata if aku tak tahan sangat dia nak bagi suntikan untuk kurangkan rasa sakit tu atau aku boleh ambik ubat dulu...aku decide untuk makan ubat dulu..tapi lepas makan ubat pun, sakit aku tak jugak hilang...sampai la doc pakar datang wat lawatan dari katil ke katil...sampai giliran aku dia hairan tengok aku menangis..nurse yang baik hati tu terangkan kat doc pakar tu..once doc pakar tu sentuh perut aku dia terkejut besar...dia cakap aku mengalami contraction yang dah tahap untuk melahirkan...terus dia ask nurses bawakkan mesin scan ke katil aku...lepas scan, alangkah terkejutnya aku bila dia bagitau yang air ketuban aku telah kering dan kedudukan kepala baby dah masuk dalam saluran rahim..dengan usia kandungan aku yang baru mencecah 23 minggu, doc pakar tu bagitau aku yang chance untuk anak aku hidup adalah rendah...tak sampai pun 50%..

Masa tu betapa terkejutnya aku...aku telah diberi 2 suntikan...satu untuk mengurangkan contraction dan satu lagi untuk menguatkan paru-paru anak aku incase aku terpaksa melahirkan..doc pakar ask aku untuk hubungi mizi..n datang k hospital dengan segera...aku telah dipindahkan katil yang dekat dengan nurse..after suntikan tu pun, sakit aku tak jugak hilang...masa tu around 12pm...pe yang aku leh buat hanyalah bertahan dan sentiasa berdoa pada Allah agar segalanya berjalan lancar..aku juga bisikkan kepada baby ku agar bertahan...tapi takdir Allah mengatasi segalanya...

Around 12.30, aku rasakan ada sesuatu yang ingin keluar...masa tu sakitnya tidak dapat aku gambarkan...aku bingung adakah aku akan melahirkan baby aku atau itu hanyalah sakit biasa...cepat2 aku suruh adik aku panggilkan nurse...memang sah..aku akan melahirkan...masa tu keadaan sangat kelam-kabut...aku berada di tingkat 5 sedangkan labour room berada di tingkat 1...tanpa dipindahkan ke atas troli, aku terus dibawa ke bilik bersalin dengan katil wad yang besar gedabak dan berat itu...

Masa tu, pe yang aku rasa hanyalah ingin meneran, tapi doc pelatih tu menahan aku dari meneran sehingga la sampai ke labour room..sampai jer ke labour room, tak sempat doc nak pakai sarung tangan, aku dah meneran,n lahirla baby ku...segalanya berlaku terlalu pantas...aku tak sempat nak menatap wajah babyku...selepas tali pusat dipotong, baby aku terus dibawa keluar...masa tu aku ingat baby aku telah tiada..sebab tidak terdengar bunyi tangisan...aku pasrah...

Selepas sejam aku melahirkan, aku terjaga bila datang sorang nurse letakkan gelang kat tangan aku...aku tengok gelang tu...aku dapat baby girl...tidakku sangka...selama ini aku sangkakan aku akan mendapat baby boy...babyku hanya seberat 570gram...aku bingung dan keliru...jiwa aku kosong sangat masa tu...aku tak tahu apa yang aku fikirkan...lepas tu aku lena semula...hinggalah datang nurse untuk bawak aku kembali ke wad...bila keluar jer dari labour room, mizi n adik2 aku meluru k arah aku...bila terlihat j wajah mizi, aku terus rasa sebak yang teramat sangat...ingin saja aku memeluk dia ketika itu juga..ketika di dalam lif, mizi bagitau aku yang our baby dah meninggal dunia..sempat survive lebih kurang 2jam saja..hanya air mata saja mengalir..tiada reaksi lain dari aku...

Aku telah kehilangan puteriku....Qaireen Marissa binti Mohd Hasmizi...
Aku tahu Qaireen Marissa aman di sana...tapi ibu mana yang tidak terasa kehilangan...
Permata hati yang ditunggu-tunggu telah pergi meninggalkan mama....
Betapa perit mama rasakan...

Qaireen Marissa dikebumikan pada malam itu jugak...aku still lagi kat hospital...aku tak sempat untuk menatap wajah Qaireen Marissan...hanya gambar sahaja yang dapat mengubat kerinduan aku kepada Qaireen Marissa....

Permata Hatiku...damailah dikau di sana....

2 comments:

Gorgeous H said...

salam.. sedihnya baca kisah Arwah Qaireen..

Semoga Ira akan lebih cekal & happy dgn kehadiran adiknya.

MamaIcha said...

kita punya nama anak yg sama...apapun, alfatihah buat arwah Marissa :(