Agak janggal rasanya bila berpantang keseorangan...tiada tangisan bayi...
Saat begini sangat merumitkan bagi aku...aku sentiasa menangis...
Aku rindukan Qaireen Marissa....
Setiap kali aku bertungku..aku akan teringatkan saat perutku masih membuncit...aku teringatkan tendangan manja dari Qaireen Marissa...
Di saat ibu-ibu lain gembira mendakap anak yang tersayang...aku hanya mampu termenung...
Kepiluan ini makin bertambah apabila melihat breast aku yang membengkak kerana susu yang terlalu banyak...manakan tidak, insan yang layak untuk susu ini telah 'pergi'...aku terpaksa mengambil ubat di farmasi untuk mengurangkan bengkak tersebut...
Terima kasih aku ucapkan kepada teman-teman yang sudi melawat aku ketika aku di hospital dan di rumah...sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat aku...aku sedar apa yang berlaku ini adalah ujian-Nya kepada hambanya..pasti ada rahmat disebalik semua kejadian ini...
0 comments:
Post a Comment