Aku bernasib baik apabila aku layak untuk mendapat cuti bersalin selama 60 hari kerana berat baby aku ketika dilahirkan 570 gram, iaitu 70 gram lebih dari syarat yang ditetapkan dan kandungan ku ketika itu 23 minggu, iaitu 1 minggu lebih dari syarat yang ditetapkan...
Tapi apalah gunanya dapat cuti yang lama...sungguh memboringkan...lain la kalau kita ada baby untuk dijaga dan dibelai..tentunya tidak sedar masa berlalu...aku rasakan begitu lambat masa berjalan...tidak sabar rasanya untuk aku kembali bekerja...sekurang-kurangnya aku tidak begitu memikirkan Qaireen Marissa...
Sekarang, keadaan aku semakin bertambah baik..emosi aku juga dah semakin stabil...tapi aku still cepat tersentuh bila aku melihat baby orang lain..secara automatik aku akan teringatkan Qaireen Marissa...
Tak lama lagi, kakak ipar aku akan melahirkan...insyaallah baby girl juga..aku tumpang gembira bagi pihak abang long dan kak long...
1 comments:
Welcome back, Ina :-)
Benda yang dah jadi, ada hikmahnya.. jangan dikenang-kenang. Cheer-up taw!
Post a Comment