? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 27, 2013

Filariasis (Untut)


Malam semalam....Isnin malam...ada tiga orang staff dari Jabatan Kesihatan datang kat rumah aku...dorang datang nak ambik darah...aku ingatkan kes denggi...
Petang tu, adik ipar aku dah bagitau ade orang datang bagitau nak ambik darah malam ni..dia tanya isi rumah berapa orang...
Ambik darah kat hujung jari jer pun...bagi aku yang selalu kena masa cek mengandung dulu..no hal la kan..tahap umur yang kena diambil darah adalah 2 tahun ke atas...
Rupa-rupanya ambik darah tu untuk kesan penyakit filariasis...atau lebih dikenali dengan untut atau juga elephantiasis...penyakit ni juga boleh berjangkit dengan pembawaan nyamuk...iaitu nyamuk Mansonia betina...

 Filariasis disebabkan oleh cacing filaria dewasa hidup di saluran limpa pesakit.  Cacing betina akan mengeluarkan anak cacing (mikcofilaria) di dalam darah pesakit.


Tanda-tanda :-
- Demam yang berulang-ulang dari semasa ke semasa
- Bengkak kelenjar dan kejang urat betis (cramp)
-Bengkak bahagian kaki biasanya akan berlaku sebelah atau kedua-dua belah
- Kadang-kadang cacing filaria tinggal di dalam badan seseorang pesakit tanpa tanda-tanda menghidap penyakit ini.



Cara jangkitan ialah :-
- Nyamuk Mansomia menghisap darah pesakit filariasis
- Microfilaria (anak cacing) dari darah pesakit masuk ke dalam badan nyamuk. Selepas 10 hari, microfilaria bertukar menjadi larva
- Nyamuk menggigit orang yang sihat dan menjangkiti larva-larva itu ke dalam badan
- Larva ini memerlukan masa 3-12 bulan untuk menjadi cacing dewasa yang hidup di saluran limpa kelenjar.



Cara Pencegahan :-
- Membuat ujian darah
- Makan ubat yang diberi
- Tidur dalam kelambu
- Guna ubat nyamuk
- Kawal tumbuhan air seperti kiambang, keladi bunting dan sebagainya yang menhadi tempat pembiakan nyamuk.
- Hubungi pihak kesihatan jika ada apa-apa kesulitan tentang penyakit ini.

Ngeri jugak bila tengok gambar-gambar pesakit ni kan....aku tak sure kenapa area kejiranan aku yang di spotkan untuk ambik darah ni...dorang kata dalam sebulan akan dapat result...if dorang diam tu..that mean negative la...kot2 ade orang kampung aku yang kena penyakit ni kot...bimbang pulak aku...dan aku harap family aku bebas dari penyakit tu...huhuhu...malam tu, dorang tak ambik pun darah abang reezq..sebab awal2 lagi mamat tu dah menangis tak nak buat...boleh camtu?hahahahah...selamat la ko abang reezq...mama ni ha, siap kena cucuk 2 hujung jari..mula2 jari manis, pastu jari hantu pulak..sebab tak cukup sampel darah katanya...

Aku tetiap malam tido memang tak guna ubat nyamuk..sembur ridsect ke ape...kelambu confirm tak guna...tapi tak ada la pulak diganggu nyamuk...ke ada nyamuk gigit ktorang tak sedar?tapi tanda2 kena gigit nyamuk pun tak ada...macam adik ipar aku, dia sembur gak ubat nyamuk sebelum dia masuk tdo...huhuhuhu....nak kena guna ubat nyamuk elektrik ke lepas ni?


0 comments: