Thursday, June 5, 2014
Saat Terakhir
Posted by Unknown at 8:55 AM 0 comments
Wednesday, June 4, 2014
Setelah Sekian Lama....Al-Fatihah buat Arwah Hj. Mainong bin Tikah
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tidak menitipkan nukilan, idea dan perkongsian cerita...
Entah kenapa...terasa tidak lagi bersemangat untuk menulis..
Bukannya tiada cerita, tetapi tiada semangat lagi...
Namun adakalanya hati bergelojak untuk meluahkan rasa hati...
Pelbagai kisah dan tragedi yang terjadi...
Kisah gembira, kisah anak-anak..kisah percutian...kisah kehilangan...semuanya hanya diabadikan di dalam kotak minda...
Namun terasa sangat ingin berkongsi kisah hati ini...
Kehilangan insan yang sangat besar jasanya terhadap diri ini...
Kehilangan abah yang tersayang...perginya tiba-tiba...
Tiada sebarang tanda atau sakit...
Yang memberikan kejutan besar buat aku sekeluarga...
10 Mei 2014 (Sabtu)
Melalui hari cuti hujung minggu seperti biasa...
Melayan anak-anak...tidak terperasan sedikitpun perubahan terhadap abah..
Tidak dengar satu rungutan pun daripada mulutnya...sakit ke..demam ke..
Dia seperti biasa...bergurau dan mengusik cucu-cucunya...
Aku perlu menghadiri satu majlis kenduri di bandar...
Abah dan ma ada program yang perlu di hadiri...
Perpisahan kami pada hari itu sangatlah santai...
Ma dan abah keluar dari rumah dikala aku sedang mandi...
Tak sempat menyalami abah seperti biasa apabila aku ingin pulang ke rumah mertua aku...
Tak sempat melihat dia yang sihat ceria buat kali terakhir...
Aku pergi kenduri dan terus pulang ke rumah mertua...
Semasa di rumah mertua, jam 6.30pm, mendapat panggilan daripada ma..
Abah tak sedarkan diri...
Ya Allah....otak aku gagal untuk menghadamkan kata2 ma itu...
Yang aku tahu, salin pakaian dan bergegas balik ke rumah ma...
Air mata tak henti-henti mengalir semasa memandu...
Tak sempat sampai rumah, aku arahkan adik aku agar bawak abah segera ke hospital..
Memandangkan ambulan tak dapat dihubungi...
Aku terus memandu ke hospital...
Ya Allah, luluhnya hati ini melihat sekujur tubuh abah yang tidak sedarkan diri di dalam kereta...aku tidak pernah mengalami keadaan seperti ini...
Melihat kepada staf bertugas yang bergegas memberi bantuan kecemasan di dalam kereta itu juga...aku pegang kaki abah...sejuk...
Abah terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan...
Hanya doa yang aku panjatkan agar abah dapat diselamatkan...
Insan yang paling aku bimbangkan adalah ma...
Orang yang pastinya mendapat tekanan hebat di saat itu...
Aku cuba berlagak tenang...tak mahu menitiskan air mata dihadapan ma...
Betapa sedihnya aku...yang pasti ma lagi sedih....
Lama menunggu, akhirnya doc memanggil ma dan ahli keluarga rapat ke dalam sebuah bilik..
Doc menerangkan keadaan abah yang sangat kritikal...
Dia diserang stroke...dan saluran darah di dalam otaknya telah pecah...
Doc tidak dapat membuat pembedahan memandangkan tiada respon positif dari tubuh abah...
Bagaikan batu besar menghempap kepala aku di saat itu...
Kenapa semua ni terjadi secara tiba-tiba...
Doc menyarankan agar kami semua bersabar dan berserah segalanya kepada Allah..
Ya, sesungguhnya hanya kepada Allah kami berserah...
Abah telah diberi bantuan pernafasan dan doc telah membenarkan kami dan saudara-mara untuk melawat arwah...
Sayunya hati disaat melihat abah yang terbaring di atas katil itu...
Dengan wayar yang berselirat...
Aku bisikkan kat telinga abah...bahawa aku berada disitu...aku sayangkan dia...anak-anak dia semua ada disisinya...aku bacakan alfatihah..aku lafazkan syahadah di telinganya...
Aku berdoa kepada Allah...jika umur arwah masih panjang...sembuhkan lah dia dengan segera...dan jika sudah sampai masa perjanjian dia dengan Allah, permudahkanlah kepulangannya...menjelang tengah malam abah dimasukkan ke dalam wad..
Ma dan abang long yang menemani abah pada malam tu...aku pulang ke rumah mertua...
Sebelum pulang aku cium pipi abah...dan sebelum tidur malam tu..aku sedekahkan bacaan yaasin untuk abah...
11 Mei 2014 (Ahad)
Aku mengambil cuti kecemasan...usai menghantar Abang Reezq ke sekolah, aku bergegas ke hospital...menggantikan tempat ma dan abang long..kesian kat ma, tak tidur semalaman menemankan abah...dalam kepala aku dah merancang untuk membuat giliran untuk menjaga abah di hospital...
Sampai di hospital, kelihatan adik bongsu aku di sisi abah...ma dan along dah pulang ke rumah untuk berehat...aku duduk di sisi abah...mengusap lembut tangannya...lalu membacakan yaasin untuk abah...aku memohon agar Allah mempermudahkan segalanya..bukannya perkara yang mudah untuk aku membaca surah yaasin di dalam keadaan itu...tersekat-sekat...apabila segala kenangan bersama abah muncul difikiran...airmata tidak berhenti dan berlumba-lumba untuk keluar...di saat ayat terakhir yaasin habis dibacakan...dengan tiba-tiba mesin bantuan pernafasan abah macam mengalami masalah...terus nurse datang memeriksa..setelah dibetulkan, perkara yang sama terjadi...aku dah mula cuak...lepas tu meluru semua doc2 pelatih dan pakar yang kebetulan membuat pemeriksaan di katil bersebelahan...langsir terus ditarik dan aku diminta berundur...tubuh dah rasa terhuyung hayang...sepupu ku yang sampai terus memapahku agar duduk...dalam kepala aku berfikir, takkan secepat ini Kau ingin mengambil abahku, Ya Allah...selepas lebih kurang 10 min, doc datang menarik tanganku dan menerangkan keadaan abah..sama ada ingin dibuat bantuan kecemasan lagi atau tidak...aku bingung dan tatkala melihat nurse membawa mesin penyentak jantung...aku rasakan tidak sanggup lagi perkara itu dilakukan kepada abah...aku katakan kepada doc bahawa, jika sudah sampai masa abah...aku redha...kadar denyutan jantung abah sudah tiada...denyutan nadi jugak semakin menurun...sepupuku terus melafazkan syahadah ditepi telinga abah...akhirnya pada jam 9.10 pagi..abah pergi meninggalkan kami semua...sungguh cepat dan tak terduga langsung...
Perkara yang paling sukar ialah untuk memaklumkan kepada ma...luluhnya hati di saat mendengar raungan ma dihujung talian...bertabahlah ma...sama-sama lah kita menghadapi ujian ini...segala urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar...sungguh tenang wajah abah...sungguh mudah cara pemergian abah...sedikitpun tidak menyusahkan anak-anak dan isteri beliau...alhamdulillah...ramai yang datang menziarah abah...dan jenazah abah selamat dikebumikan selepas solat Asar...di tanah perkuburan yang sama dengan arwah Qaireen Marissa...ma kelihatan tabah...namun berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...tak terbayang oleh aku apa yang sedang dilalui dan dirasai oleh ma di saat ini...sedinya aku kehilangan seorang abah...sedih lagi ma yang kehilangan seorang suami...yang sentiasa bersamanya..siang dan malam...teman bergurau...teman bergaduh...aku sentiasa berdoa kepadad Allah agar ma ditabahkan hati untuk menghadapi semua ini...setiap hari ma tanpa gagal menziarah pusara abah...aku tahu, hanya pusara abahlah tempat dia melunaskan rasa rindu kepada abah...semuanya mengambil masa untuk kembali normal...cuma kita tak tahu berapa lama...sebulan, setahun, dua tahun atau bila..
Aku juga berharap agar Allah sentiasa mengingatkan aku pada abah...tidak lupa untuk berdoa dan bersedekah kepada abah...hanya itulah cara untuk kita menghilangkan rasa rindu...
Al-fatihah buat Arwah Hj. Mainong bin Tikah
6 Jun 1956 - 11 Mei 2014
Posted by Unknown at 9:55 AM 2 comments