? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 12, 2013

Lebih Menghargai

Terasa macam hari ni adalah hari Ahad..

Hari pertama bekerja..
Padahal hari ni hari Selasa...
Camtulah kalau cuti lama...
Otak susah nak allign..hahahahha...
Tapi aku bersemangat jer datang kerja hari ni...
Chayok2....

Boss tetiba kena pergi Tasik Kenyir..
So, PA dia nak buat ape?kita enjoy!!!!!!!!!!!!!
Enjoy la sangat kan....enjoy ape yang aku boleh buat kat dalam bilik aku ni selain melangut jer...huhuhuhuh
Nak filing, surat tak banyak...setakat 2,3 helai tu tak padan aku nak kelebet kabinet fail..
Kita kumpul kasi tinggi dia 3,4 inci..baru semangat nak fail...

Pagi semalam, moment yang sangat mendebarkan bagi aku...
Seperti biasa, kita buli pak alang, suh dia mandikan rayyan..
Lepas tu, aku nak pakaikan baju pulak kat budak rayyan tu...
Untuk menjinakkan dia, aku bagilah sebiji vitamin kat tangan dia...
Mak aku dah bising..dia kata bahaya.nanti budak tu makan...
Sambil dia baring camtu...tapi aku tak bajet lak rayyan akan makan terus..
Aku ingatkan dia akan main2 jer vitamin tu kat tangan...

Sekali dia sumbat betul vitamin tu..dan terus vitamin tu pergi kat kerongkong dia..
Aku nampak wey...lepas tu terus dia tersedak....
Gila panik aku masa tu...aku tepuk2 belakang rayyan...
Nampak la jugak rayyan macam susah nak nafas...
Mak aku lagi la menambahkan panik...dia siap marah2 aku lagi..
Masa tu aku tak hirau dah...dia nak kata apa..
Aku pun korek tekak rayyan...dah dapat capai, tapi rayyan makin menelan pulak vitamin tu...aku dapat rasa hujung2 jer...dah tak dapat ambik, aku pun terus jolok bagi vitamin tu masuk dalam lagi...(biar lepas tahap kerongkong tu)...

Mak aku bising suruh bawak pergi hospital...
Masa tu aku dah jadi lega sikit...sebab rayyan melalak...
Bermakna dia leh bernafas...tapi aku tahu mesti dia rasa vitamin tu tersekat kat esofagus kot?
Tapi bagi menyedapkan lagi hati aku dan mak aku...
Bawak jugak ke klinik...
Masa bawak masuk bilik Dr, Dr tu senyum jer...dia cakap ok la tu as long dia menangis..
Of budak lemas tercekik ni dia takleh nak menangis...sebab tak leh bernafas....
Lega aku...

Bila aku ingatkan balik...aku rasa sangat la takut...
Andai ditakdirkan terjadi perkara yang lebih teruk dari tu...
Nauzubillah....
And bila kejadian cenggini menimpa..
Automatically perasaan lebih menghargai tu datang...
Yelah, bukan selama ni tak menghargai kehadiran anak-anak dalam hidup...
Aku sangat bersyukur....tapi lepas kejadian yang macam tu..aku jadi lebih menghargai...
Tak dapat aku bayangkan aku kehilangan mereka-mereka.....


0 comments: