? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 29, 2009

Kenapa Lelaki Susah Nak Faham Wanita????

Mmmm...actually aku sedang kebengangan ni...sampai takleh nak tido...geram betul la..sedangkan dia syok jer berlingkau atas katil...tensen tau...huhu...
citernya macam ni...beberapa hari lepas aku kasi tau la kat mizi yang aku teringin nak makan chicken chop..(sebenarnya dari masa pregnant lagi, tapi kedai yang aku nak gi tu selalu jer kehabisan stok time aku nak order)..pastu mizi cakap dia ada janji ngan kawan dia n dia promise kat aku malam tadi...(khamis malam)..so ok la..aku setuju jer..alih2 bila dah sampai masa, dia leh pulak kautim ngan member dia...mananya aku tak geram..dah la dari siang aku duk berangan nak makan chicken chop...terasa pedih benor hati aku ni...bila aku membebel mula la dia sentap...bila dia dah mula sentap aku dah mula hilang mood...at last aku wat bodo jer..merajuk ler kononnya...kat kul 12 mlm baru dia balik, nak ajak g makan..mmm...ne la ada lagi chicken chop kat kedai tu...aku nak yang kat situ jer...kat tempat lain aku tak nak...
Niat aku bercerita ni bukan pe..aku rasa lelaki ni jenis memang jenis macam tu kot..tapi tak semua la kan...tak nak faham langsung perasaan kite ni...geramnyer...kalalu diikutkan masalah aku ni memang la tak seberapa...tapi dari hal yang kecik ini la yang boleh membawa ke masalah yang lebih besar kan???
Dah la story pasal tu...mmm...aku dah tak sabar nak masuk ofis balik ni..heheh...
Siang tadi aku gi ofis jap, ambik barang..masyaallah, meja ofis aku macam ape ntah..bersepah...letih la aku nak kemas balik nanti...hhuhu..
K la..setakat ni dulu...aku nak jalan2 kat blog orang lain plak..lama dah tak round ni...hehehe..daaa...

Monday, January 26, 2009

Cuti Bersalin....

Aku bernasib baik apabila aku layak untuk mendapat cuti bersalin selama 60 hari kerana berat baby aku ketika dilahirkan 570 gram, iaitu 70 gram lebih dari syarat yang ditetapkan dan kandungan ku ketika itu 23 minggu, iaitu 1 minggu lebih dari syarat yang ditetapkan...
Tapi apalah gunanya dapat cuti yang lama...sungguh memboringkan...lain la kalau kita ada baby untuk dijaga dan dibelai..tentunya tidak sedar masa berlalu...aku rasakan begitu lambat masa berjalan...tidak sabar rasanya untuk aku kembali bekerja...sekurang-kurangnya aku tidak begitu memikirkan Qaireen Marissa...
Sekarang, keadaan aku semakin bertambah baik..emosi aku juga dah semakin stabil...tapi aku still cepat tersentuh bila aku melihat baby orang lain..secara automatik aku akan teringatkan Qaireen Marissa...
Tak lama lagi, kakak ipar aku akan melahirkan...insyaallah baby girl juga..aku tumpang gembira bagi pihak abang long dan kak long...

Berpantang Keseorangan....

Agak janggal rasanya bila berpantang keseorangan...tiada tangisan bayi...
Saat begini sangat merumitkan bagi aku...aku sentiasa menangis...
Aku rindukan Qaireen Marissa....
Setiap kali aku bertungku..aku akan teringatkan saat perutku masih membuncit...aku teringatkan tendangan manja dari Qaireen Marissa...
Di saat ibu-ibu lain gembira mendakap anak yang tersayang...aku hanya mampu termenung...
Kepiluan ini makin bertambah apabila melihat breast aku yang membengkak kerana susu yang terlalu banyak...manakan tidak, insan yang layak untuk susu ini telah 'pergi'...aku terpaksa mengambil ubat di farmasi untuk mengurangkan bengkak tersebut...
Terima kasih aku ucapkan kepada teman-teman yang sudi melawat aku ketika aku di hospital dan di rumah...sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat aku...aku sedar apa yang berlaku ini adalah ujian-Nya kepada hambanya..pasti ada rahmat disebalik semua kejadian ini...

Qaireen Marissa - 4 Dec 2008 (Part 2)

Lebih kurang jam 7.30am, doc tu panggil aku balik..before tu round 6.00am sorang nurse cek la air ketuban aku kat pad..tapi masa tu air ketuban aku dah tak kuar dah..masa tu aku bersyukur la sebab ingatkan segalanya akan ok bila air ketuban dah tak keluar....baby aku pun ada jugak bergerak...rasa lega sangat dalam hati masa tu...

Masa jumpa doc, dia cek la kat situ..ambil spesimen...dia tak kata pape pun...lepas tu dia periksa jalan n dia bagitau aku yang 'jalan' tak terbuka pun..tapi perut aku still sakit...lepas tu dia ambik darah..prosedur biasa la tu...lepas tu dia suh aku balik ke katil lam keadaan sakit macam tu...

Aku dah mula menangis dah masa tu..call my mum suh dia bawak kain batik bf mizi sampai bawak barang2 keperluan yang lain...masa my mum sampai tu lagi la aku kuat menangis sampai teresak-esak..aku kan manja ngan mak aku..dia pun menangis sama..aku suh dia bawak adik perempuan aku sekali untuk temankan aku..sebab aku sakit sangat..nak bergerak pun susah...

Ada sorang nurse yang baik hati ni, bila dia tengok keadaan aku yang semakin teruk tu, dia datang calm down kan aku...baik betul dia..dia kata if aku tak tahan sangat dia nak bagi suntikan untuk kurangkan rasa sakit tu atau aku boleh ambik ubat dulu...aku decide untuk makan ubat dulu..tapi lepas makan ubat pun, sakit aku tak jugak hilang...sampai la doc pakar datang wat lawatan dari katil ke katil...sampai giliran aku dia hairan tengok aku menangis..nurse yang baik hati tu terangkan kat doc pakar tu..once doc pakar tu sentuh perut aku dia terkejut besar...dia cakap aku mengalami contraction yang dah tahap untuk melahirkan...terus dia ask nurses bawakkan mesin scan ke katil aku...lepas scan, alangkah terkejutnya aku bila dia bagitau yang air ketuban aku telah kering dan kedudukan kepala baby dah masuk dalam saluran rahim..dengan usia kandungan aku yang baru mencecah 23 minggu, doc pakar tu bagitau aku yang chance untuk anak aku hidup adalah rendah...tak sampai pun 50%..

Masa tu betapa terkejutnya aku...aku telah diberi 2 suntikan...satu untuk mengurangkan contraction dan satu lagi untuk menguatkan paru-paru anak aku incase aku terpaksa melahirkan..doc pakar ask aku untuk hubungi mizi..n datang k hospital dengan segera...aku telah dipindahkan katil yang dekat dengan nurse..after suntikan tu pun, sakit aku tak jugak hilang...masa tu around 12pm...pe yang aku leh buat hanyalah bertahan dan sentiasa berdoa pada Allah agar segalanya berjalan lancar..aku juga bisikkan kepada baby ku agar bertahan...tapi takdir Allah mengatasi segalanya...

Around 12.30, aku rasakan ada sesuatu yang ingin keluar...masa tu sakitnya tidak dapat aku gambarkan...aku bingung adakah aku akan melahirkan baby aku atau itu hanyalah sakit biasa...cepat2 aku suruh adik aku panggilkan nurse...memang sah..aku akan melahirkan...masa tu keadaan sangat kelam-kabut...aku berada di tingkat 5 sedangkan labour room berada di tingkat 1...tanpa dipindahkan ke atas troli, aku terus dibawa ke bilik bersalin dengan katil wad yang besar gedabak dan berat itu...

Masa tu, pe yang aku rasa hanyalah ingin meneran, tapi doc pelatih tu menahan aku dari meneran sehingga la sampai ke labour room..sampai jer ke labour room, tak sempat doc nak pakai sarung tangan, aku dah meneran,n lahirla baby ku...segalanya berlaku terlalu pantas...aku tak sempat nak menatap wajah babyku...selepas tali pusat dipotong, baby aku terus dibawa keluar...masa tu aku ingat baby aku telah tiada..sebab tidak terdengar bunyi tangisan...aku pasrah...

Selepas sejam aku melahirkan, aku terjaga bila datang sorang nurse letakkan gelang kat tangan aku...aku tengok gelang tu...aku dapat baby girl...tidakku sangka...selama ini aku sangkakan aku akan mendapat baby boy...babyku hanya seberat 570gram...aku bingung dan keliru...jiwa aku kosong sangat masa tu...aku tak tahu apa yang aku fikirkan...lepas tu aku lena semula...hinggalah datang nurse untuk bawak aku kembali ke wad...bila keluar jer dari labour room, mizi n adik2 aku meluru k arah aku...bila terlihat j wajah mizi, aku terus rasa sebak yang teramat sangat...ingin saja aku memeluk dia ketika itu juga..ketika di dalam lif, mizi bagitau aku yang our baby dah meninggal dunia..sempat survive lebih kurang 2jam saja..hanya air mata saja mengalir..tiada reaksi lain dari aku...

Aku telah kehilangan puteriku....Qaireen Marissa binti Mohd Hasmizi...
Aku tahu Qaireen Marissa aman di sana...tapi ibu mana yang tidak terasa kehilangan...
Permata hati yang ditunggu-tunggu telah pergi meninggalkan mama....
Betapa perit mama rasakan...

Qaireen Marissa dikebumikan pada malam itu jugak...aku still lagi kat hospital...aku tak sempat untuk menatap wajah Qaireen Marissan...hanya gambar sahaja yang dapat mengubat kerinduan aku kepada Qaireen Marissa....

Permata Hatiku...damailah dikau di sana....

Sunday, January 25, 2009

Qaireen Marissa - 4 Dec 2008 (Part 1)

Selesai jer aku tengok tv malam tu, aku terus ke dapur...tengok ada pinggan dalam sinki, aku pun basuhla...mizi baru jer balik dari main badminton...masa tu lam kul 12.30 am..
sambil temankan mizi makan aku basuhla pinggan...masa tengok tv tu..perut aku dah rasa lain macam dah...rasa macam baby mengeras kat dalam...aku wat tak hirau sebab mungkin aku duduk lama sangat kot...
sedang basuh pinggan, rasa macam something kuar ikut situ dengan banyaknya..aku ingatkan darah...ye la..aku kan selalu bleeding...aku wat tak tahu lagi...teruskan basuh pinggan..makin lama cecair tu makin kerap keluar...lepas basuh pinggan aku berborak ngan mizi kat meja makan..lepas tu aku rasa seluar yang aku pakai dah basah...sampai bocor ke kerusi...aku dah mula panik..masuk toilet, rupanya bukan darah...tapi cecair putih...aku blur..tak sangka yang kuar tu air ketuban...lepas 10 minit, perut aku mula memulas...dah namanya first baby, aku tak tahu yang sakit tu sakit nak bersalin...
bila dah tak tahan sakit, decide nak gi klinik intan dulu..tak nak gi spital dulu...sampai je kat intan, doc scan bagitau yang kandungan air katuban aku dah berkurang...doc suh ke spital terus...tak ingat dah kul brp sampai spital, masuk bahagian kecemasan..masa tu perut makin kerap memulas...
tapi yang paling menyakitkan hati aku masa tu, dah la aku tengah sakit, leh jer doc pelatih tu tak tahu nak buat apa, sampaikan dia takleh nak kenalpasti cecair pe yang kuar..at last aku dimasukkan ke wad biasa aku..5EF...
sampai j kat wad tu, ada la sorang nurse yang uruskan aku....after salin baju, dia tunjukkan katil aku...doc sorang pun takde masa tu...lepas mizi balik, sorang nurse kejutkan aku cakap doc panggil..area 3.00 am masa tu...waktu tu perut aku still lagi memulas dan air ketuban tu still lagi keluar...masa jumpa doc tu..(still juga doc pelatih, benci tul)...dia just tanya jer...tak check pun aku...bila aku kata yang aku sakit perut setiap lima minit..dia leh relaks jer..macam tak caya la aku sedang alami contraction sebab kandungan aku baru 23 weeks...tak sempat check pape tetiba dia lak on call kena ke bilik bedah...he ask me balik ke katil n dia akan panggil balik later...balik la aku ke katil dalam keadaan yang sakit....semalaman aku tak tido...tahan sakit..masa tu aku perlukan sangat mizi...tapi apakan daya..takleh ada orang tunggu kat dalam wad...walaupun malam tu sejuk, tapi badan aku berpeluh-peluh tahan sakit...